Saturday, March 16, 2013

Tabiat kucing jantan mengawan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya adalah newcomer dalam dunia blogger ni. Kepada senior-senior,sila beri tunjuk ajar ye. Saya memilih tajuk di atas sebagai topik kerana sejak kebelakangan ni, kucing di bilik saya telah mengalami dilemma. Maklumlah kucing betina memang selalu menjadi tumpuan kucing-kucing jantan. Masalah mula timbul apabila kucing saya telah mengheret saya ke kancah dilemmanya. Saya sering diganggu dengan nyanyian-nyayian sumbang daripada kucing-kucing jantan yang menaruh harapan kepadanya. Oleh sebab itu, eloklah jika kita belajar sedikit sebanyak tentang tabiat kucing jantan apabila tiba waktu mengawan.

Simptom angau.
Secara kebiasaannya, kucing jantan akan mengiau dengan nada yang sangat nyaring dan panjang. Biasanya ianya kerap didengari pada waktu malam. Bunyi tersebut boleh diklasifikasikan dalam bunyi yang boleh mengganggu ketenteraman saya selain daripada bunyi golongan Pak Arab yang bermain futsal berdekatan dengan bilik saya. Sebenarnya panggilan ini adalah untuk menarik perhatian kucing betina. Kucing betina juga akan berbuat demikian jika dia sudah berada didalam keadaan 'heat atau estrous' (bersedia untuk mengawan).


Persaingan antara kucing-kucing lain.
Apabila tiba tempoh mengawan, kucing-kucing jantan akan beradu tenaga sesama mereka. Pergaduhan akan berlaku untuk menentukan siapa yang dapat mengawan dengan si betina. Yang peliknya, kebanyakan pergaduhan yang berlaku, tidak banyak aksi cakaran dan gigitan, hanya omong kosong (bunyi jer lebih). Kucing jantan akan sentiasa bergaduh pada tempoh mengawan kerana hanya yang menang sahaja yang layak mengawan dengan si betina. Ianya adalah perkara semulajadi yang berlaku kepada mana-mana haiwan lain.


Menanda kawasan.
Tanda kawasan ni memang saya paling tidak suka. Bila tempoh mengawan, si jantan akan menanda kawasan mereka dengan cairan hormon pheromone. Cecair tersebut menunjukan tanda stress dan salah satu cara kucing berkomunikasi sesama mereka. Biasanya, si jantan akan menggesel badan, kepala dan muka ke tempat yang mereka sukai seperti di dinding-dinding dan adakalanya juga di kasut saya. Perbuatan tersebut juga berlaku kepada kucing betina. Si betina juga akan menyemburkan cairan untuk menarik perhatian kucing jantan bahawa dia sudah bersedia untuk mengawan. 

5 comments:

  1. Kucing sy dua ekor jantan dua ekor betina..umur kucing sy 6bln..kucing² sy letak dlm satu sangkar..perlu ke sy asingkn kucing betina ngn jantan ni..

    ReplyDelete
  2. Kucing betina saya telah dimandulkan semasa berusia 6bln. Kini kucing saya berusia 2thn. Dalam masa 6bln kebelakangan ini kucing betina saya ini sering keluar rumah dan sering berguling-guling marah kan ekornya. Saya x pasti adakah itu tanda dia on heat? Tapi apa yg saya perasan, bila ada kucing jantan cuba dekat, dia sgt marah. Apa sebenarnya yg berlaku?

    ReplyDelete
  3. Baru lagi terjadi saya tak bg kucing jantan saya keluar rmh...baru sebentar td kucing jantan gigit dan cakar tgn kawan saya.agak teruk jgk luka.dalam sgt...

    ReplyDelete